Perutusan





Perutusan Jurutera Pembetungan Bahagian



Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat datang ke Laman Sesawang Rasmi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Bahagian Kudat.

Laman Sesawang ini adalah salah satu medium yang digunakan untuk memperkenalkan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) kepada semua penduduk Sabah khususnya masyarakat di daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas.
Jabatan ini memiliki misi bagi memperkasa perkhidmatan pembetungan yang mampan untuk melindungi kesihatan awam, sumber air dan alam sekitar. Selain itu, jabatan ini mempunyai fungsi sperti merancang pembangunan dan operasi pengendalian, penyelenggaraan serta pemantauan aset pembetungan JPP Sabah

Dengan wujudnya laman web ini, kami berharap dapat memberi serba sedikit maklumat mengenai JPP Sabah. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan dari semua untuk kami terus memperbaiki informasi laman web ini.

Sekian terima kasih.

Moses Zefrinus Wong
Jurutera Pembetungan Bahagian Kudat,
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah